Khadijah Binti Khuwailid RA, isteri pertama Rasulullah SAW. Beliau juga digelar sebagai Ummul Mukminin atau ibu orang Mukmin!

Khadijah Binti Khuwailid RA, isteri pertama Rasulullah SAW. Beliau juga digelar sebagai Ummul Mukminin atau ibu orang Mukmin!


 

Khadijah Binti Khuwailid RA.

Ada yang tak kenal sebaris nama di atas?

Kalau tak kenal, jom kami kenalkan.

Kalau nak tau, Khadijah Binti Khuwailid RA adalah isteri pertama Rasulullah SAW. Beliau juga digelar sebagai Ummul Mukminin atau ibu orang Mukmin!

Sebenarnya, kami amat kagum dengan sirah Khadijah RA. 

Akhlaknya.

Peribadinya.

Kematangannya.

Cara beliau berfikir.

Paling penting, pengorbanannya semasa zaman awal dakwah Islam! Allahu Akbar! 😭

Nak kenal lagi dengan beliau?


#1 Usaha wanita Yang Berjaya

Khadijah adalah seorang usahawan wanita yang berjaya!

Beliau mewarisi perniagaan ayahnya, lalu dikembangkan sehingga ia menjadi perniagaan terbesar dalam kalangan saudagar lain.

Namanya amat dikenali kerana ketokohannya dalam perniagaan.


#2 Pernah Menikah Sebelum Berkahwin Dengan Rasulullah

Yup, kalau korang nak tau, sebenarnya Khadijah RA pernah bernikah sebanyak 2 kali sebelum perkahwinannya dengan Rasulullah SAW.

Khadijah juga sebenarnya seorang wanita yang mempunyai ramai peminat!

Ramai lelaki yang melamar Khadijah kerana tertarik dengan kejayaan dan peribadinya yang indah.

Tapi, Khadijah tolak semua lamaran tersebut!

Hikmah tolak lamaran yang banyak tu?

Perkahwinannya dengan Rasulullah SAW di akhirnya!

Subhanallah ❤️


#3 Khadijah Melamar Rasulullah SAW

Zaman sekarang, dah jadi biasa bila perempuan yang melamar lelaki.

Hakikatnya, Khadijah RA dah buat 1400 tahun yang lalu!

Ya, Khadijah sendiri yang melamar Rasulullah SAW tau! Lamaran tersebut dibuat melalui hambanya yang dipercayai.

Tindakan Khadijah membuktikan dan menjadi contoh, kalau ada lelaki yang baik, kenapa nak malu untuk melamar?

Tapi, lamaran tu kenalah dengan cara yang mulia dan baik. Gunalah orang tengah yang dipercayai 😊

Oh ya, perkahwinan Khadijah bersama Rasulullah SAW juga unik tau.

Kenapa?

Sebabnya, sekali lagi Khadijah melanggar norma biasa kerana usianya yang 15 tahun lebih tua dari Rasulullah SAW.

Ini juga membuktikan, usia bukanlah segalanya. Kalau kedua lelaki dan perempuan dah bersedia untuk berkahwin, apa salahnya? 😃


#4 Seorang Isteri Yang Matang

Ketika pertama kali Rasulullah SAW menerima wahyu daripada Malaikat Jibril, baginda terlalu terkejut lalu pulang ke rumahnya dalam keadaan menggigil.

Ketika melihat suaminya, Khadijah berusaha menenangkan ketakutannya dan memberi kekuatan.

Khadijah juga telah membawa Nabi SAW berjumpa dengan Waraqah Bin Naufal, seorang paderi Nasrani.

Di situlah, Waraqah memberitahu bahawa Nabi Muhammad SAW telah menerima wahyu daripada Malaikat Jibril, iaitu malaikat sama yang membawa wahyu kepada Nabi Musa AS.


#5 Perempuan Pertama Memeluk Islam

Sebagai orang terdekat dengan Rasulullah SAW, Khadijah RA telah diberi nikmat yang mulia, iaitu menjadi perempuan pertama memeluk Islam.

Walaupun keimanannya akan menggugat status sosial yang dimilikinya.

Kenapa pulak?

Sebab Khadijah RA adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Namanya dihormati dalam kalangan orang Quraisy selain kedudukan keluarganya yang tinggi.

Beriman kepada Allah SWT & Rasulullah bermakna meninggalkan semuanya.

Tapi, imannya mengatasi kemewahan dunia!

Allahu Akbar!


#6 Dermawan

Kejayaan tak buatkan Khadijah lupa diri, bahkan dia senang bersedekah kepada mereka yg memerlukan.

Tak kisahlah orang miskin, anak yatim, para janda atau mereka yg sakit, semuanya ditolong!

Nak tahu tak? Khadijah RA pun tolong gadis-gadis miskin yg nak menikah 💕

Sebenarnya, sangat besar pengorbanan Khadijah Khuwailid dalam perjuangan dakwah Rasulullah SAW.

Memang tinggi hikmah perkahwinannya dengan Nabi SAW 🥰

Semoga kita dapat belajar daripada keperibadian Khadijah RA & jadikannya sebagai role model terbaik!

Insya' Allah! 💗

LihatTutupKomentar