HUTANG - Hal yang berat dalam sisi Islam

HUTANG - Hal yang berat dalam sisi Islam

 



HUTANG. 

Hal yang berat dalam sisi Islam
Daripada Salamah bin Akwa` RA bahawa dia berkata: “Pernah suatu ketika kami duduk-duduk bersama Rasulullah SAW, kemudian kami dibawakan sekujur jenazah. Mereka yang membawa jenazah itu memohon kepada Rasulullah SAW: “Mohon disolatkan jenazah ini.”

Sabda Rasulullah SAW, “Apakah ke atasnya hutang?” Mereka menjawab, “Tidak”. Rasulullah SAW bersabda, “Apakah dia meninggalkan (mewariskan) sesuatu?” Mereka menjawab, “Tidak”. Lalu Baginda mensolatkan jenazah itu.

Lalu Baginda mensolatkan jenazah itu. Kemudian datang jenazah ketiga. Mereka memohon: “Mohon disolatkan jenazah ini.”

Sabda Rasulullah SAW, “Apakah ke atasnya hutang?” Mereka menjawab, “Tiga dinar”. Lalu Baginda bersabda: “Biar kalianlah yang bersolat atas jenazah sahabat kalian ini.”

Lalu Abu Qatadah merespon: “Mohon solat ke atas jenazah ini wahai Pesuruh Allah, aku akan menanggung hutangnya.” Lalu Baginda mensolatkan jenazah itu.” (HR Bukhari No: 2286) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap hutang yang dibuat perlu di jelaskan dengan segera, sama ada hutang kepada individu mahupun hutang pada bank dan organisasi.

2.  Rasulullah SAW enggan menyembahyangkan jenazah orang yang berhutang sehinggalah ada yang menjelaskan hutang tersebut.

3.  Berusahalah sedaya upaya mengelakkan diri daripada berhutang kecuali diyakini mampu untuk membayarnya semula.

4.  Bagi orang yang berhutang, pastikan hutang ditulis dan dimaklumkan kepada ahli waris agar dapat diselesaikan daripada harta pusaka yang ditinggalkan apabila berlaku kematian kepada penghutang.

LihatTutupKomentar